PENGENALAN

Padang Tembak atau lebih dikenali sebagai Phak Cheng Poh dalam bahasa hokkien adalah sebuah kawasan kediaman di Pulau Pinang, Malaysia; di mana ia terletak di pinggir bandar Air Itam. Pada satu ketika dahulu, ia digunakan sebagai kawasan latihan menembak oleh angkatan tentera British dan pada akhir zaman 1960-an, rumah pangsa kos rendah telah dibina untuk menyediakan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah.

Pada 1964, Kerajaan Persekutuan Malaysia telah meluluskan projek perintis untuk membina rumah pangsa “prefabricated” di kawasan Padang Tembak, dengan jumlah 3,744 buah rumah. Pembangunan tersebut yang dibina oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang merupakan projek rumah pangsa kos rendah yang pertama di Pulau Pinang. Rumah pangsa tersebut adalah antara rumah yang terkecil di Pulau Pinang dengan saiz purata yang lebih kurang 340 kaki persegi.

Objektif Padang Tembak 50

MERAIKAN PADANG TEMBAK KE-50

Untuk meraikan 50 tahun Rumah Pangsa Padang Tembak dibina

MENGUMPUL KENANGAN

Untuk mengumpul kenangan bersama Rumah Pangsa Padang Tembak menerusi gambar, video dan cerita

MENGHUBUNGI SEMULA

Untuk menghubungi semula kawan-kawan dan ahli keluarga

MEMPEROLEHI MAKLUM BALAS DAN IDEA

Untuk memperolehi maklum balas dan idea mengenai cara-cara transformasi positif boleh dilaksanakan di Rumah Pangsa Padang Tembak

MENGAPA ANDA HARUS MENGAMBIL BAHAGIAN?

MENGIMBAS KEMBALI KENANGAN INDAH DAN MENARIK DI RUMAH PANGSA PADANG TEMBAK

BERHUBUNG SEMULA DENGAN KAWAN-KAWAN DAN KELUARGA

MEMBERIKAN MAKLUM BALAS DAN IDEA MENGENAI CARA-CARA TRANSFORMASI POSITIF

CARA PENYERTAAN

Kami ingin anda menjadi sebahagian daripada kempen ini. Senang dan mudah, anda hanya perlu mengikuti arahan di bawah untuk menyertai.

KLIK UNTUK MENYERTAI KAMI

SERTAILAH KAMI SEKARANG

Sila isi nama penuh anda
Sila isi alamat email anda untuk menerima maklum balas
Nombor telefon boleh menghubungkan anda dengan secepat mungkin
Muat naikkan ingatan yang berharga

KAMI MEMERLUKAN SUKARELAWAN SEPERTI ANDA